Lemah berbahasa Inggeris menjadi benteng menimba ilmu


I gave a lecture to a group of students at the University of California, Berkeley, in 2012. It was fun and we had a laugh!

I gave a lecture to a group of students at the University of California, Berkeley, in 2012. It was fun and we had a laugh! They all spoke English.

kopitiam

Lemah berbahasa Inggeris menjadi benteng menimba ilmu
Oleh Zan Azlee

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang pensyarah yang mengajar kebanyakkannya pelajar ijazah. Walaupun ia lebih anecdotal, saya rasa ia tetap relevan.

Saya pernah mengajar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan juga awam (IPTA). Di IPTA, saya dapati lebih kurang 70 peratus pelajar saya yang tidak mahir dalam Bahasa Inggeris.

Secara teknikalnya, seseorang itu tidak boleh dianggap kekurangan daya pemikiran analitik dan kritikal semata-mata kerana tidak mahir dalam sesuatu bahasa. Tetapi dari pandangan reailtinya, ia memang mempengaruhi cara pemikiran seseorang, terutamanya kalau bahasa yang tidakk dikuasai itu adalah Bahasa Inggeris.

Dari pemantauan saya, kebanyakkan pelajar saya yang kurang kebolehan Bahasa Inggeris tidak seluas pandangan dan pendedahan mereka berbanding pelajar yang lebih mahir.

Saya mengajar pelajaran yang berkaitan media, kewartawanan, siaran dan penjenamaan. Dan walaupun banyak sumber rujukan saya adalah asal tempatan, lebih banyak lagi yang dari dunia antarabangsa.

Pelajar yang mahir Bahasa Inggeris lebih terdedah pada sumber dan bahan rujukan antarabangsa dan mereka boleh berfikiran kritikal apabila kami mengadakan perbincangan.

Hakikatnya, kebanyakan maklumat dan ilmu pengetahuan yang terkini di serata dunia disampaikan dalam Bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa pengantar utama.Jika seseorang itu lemah dan kurang memahami Bahasa Inggeris, ia tentu sekali menjadi satu halangan untuk mereka menimbal ilmu dan juga memperluaskan pandangan mereka.

Mereka ini akan seolah-olah lebih tertutup dunia mereka kerana tidak dapat akses kepada maklumat yang dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah satu kelemahan.

Memang benar, kita sebagai rakyat Malaysia, perlu mengutamakan bahasa kebangsaan. Tetapi ia tidak bermakna kita lupakan terus kebolehan Bahasa Inggeris.

Dan memang benar juga terdapat negara di mana rakyat mereka boleh dianggap lemah dalam Bahasa Inggeris tetapi jauh lebih maju seperti Jepun dan Korea Selatan.

Tetapi, kalau kita lihat, jelas bahawa mereka cekal membuat kajian dan pembelajaran mereka sendiri sehingga berjaya menjadi peneraju dalam sesetengah bidang seperti teknologi, internet dan sebagainya.

Dan kerana ini, ia membuat masyarakat luar pula yang sanggup mempelajari bahasa mereka supaya boleh mengambil kesempatan untuk menimba ilmu dan memperluaskan pandangan.

Adakah Malaysia sudah sampai tahap itu? Bukanlah lebih elok bagi masyarakat kita kalau kita memperkuatkan kemahiran Bahasa Inggeris?

Kita harus sedar bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa global atau universal yang sangat penting pada zaman sekarang.

Adakah kerana ego yang tinggi kita seolah-olah tidak mahu mengiktirafkan fakta ini sehingga kita sanggup membina benteng ilmu untuk masyarakat kita?

[Artikel ini pertama kali disiarkan di KopitiamEkonomi.Com]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s