Pendidikan sahaja tidak boleh menjaminkan mobiliti sosial


school

kopitiam

Pendidikan sahaja tidak boleh menjaminkan mobiliti sosial
By Zan Azlee

Kita semua sedar bahawa pendidikan adalah penting untuk mobiliti sosial. Tetapi peluang pendidikan itu harus diberi secara betul dan ikhlas.

Dan hanya kesedaran bahawa pendidikan itu penting tidak mencukupi kerana persekitaran juga memainkan peranan yang amat penting.

Contohnya, Ahmad dibesarkan dalam keluarga yang berkemampuan kerana ibu bapanya bekerja dan mendapat gaji yang tinggi sedikit daripada gaji purata.

Apabila pulang dari sekolah, dia juga menghadiri kelas tuisyen dan kelas muzik. Pada waktu petang, ibu bapanya pulang dan meluangkan masa dengannya.

Mereka sentiasa bersembang tentang kemajuan dia disekolah, tentang cita-cita dan sebagainya. Mereka juga mempunyai kemampuan untuk memberi buku tambahan untuknya.

Ali pula dibesarkan dalam keluarga yang tidak begitu berkemampuan tinggi. Ibu bapanya bekerja siang hingga malam untuk mencari rezeki.

Kadang-kadang, ibunya akan bekerja sambilan yang lebih untuk mendapat wang saku lebih. Apabila pulang dari sekolah, Ali tidak ada masa untuk ulangkaji kerana perlu bantu ibunya.

Mereka jarang dapat berbual sesama sendiri kerana terlalu sibuk mencari rezeki. Keseluruhan masa mereka diluangkan untuk mencari sesuap nasi.

Apabila habis belajar di universiti, Ahmad diberi pekerjaan yang elok melalui kenalan bapanya dan dia sentiasa diberi perhatian dan galakkan untuk berusaha keras untuk maju.

Kerjaya yang dipilih membolehkan dia semakin maju dan gajinya juga lumayan dan lebih tinggi dari purata. Ini sama dengan keadaan ibu bapanya.

Ali juga berpeluang ke universiti, tetapi selepas tamat pengajian, dia mempunyai kesukaran untuk mendapat kerja yang sesuai dengan kelayakannya.

Keputusan ijazah dia tidak begitu cemerlang dan berkali-kali dia pergi menghadiri temuramah tetapi tidak pernah berjaya.

Akhirnya, dia mendapat kerja tetapi gajinya agak rendah dari yang diharapkan. Kerana terpaksa, dia mengambil kerja itu dan keadaan tidaklah begitu mudah yang disangkakan.

Walaupun Ahmad dan Ali diberi peluang untuk belajar dan melanjutkan pelajaran, keadaan persekitaran mereka tetap menentukan kemajuan mereka.

Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan keadaan keluarga yang elok dan menggalakkan.

Faktor inklusiviti dan pengagihan kekayaan negara harus adil dan sama rata untuk menjaminkan mobiliti sosial, kemajuan negara dan pembentukan masyarakat yang positif.

[Artikel ini diterbitkan pertama kali di KopitiamEkonomi.Com]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s