TPP – Untung atau memudaratkan Malaysia?


10404443_10154780090130253_2371725665212157480_n

kopitiam

TPP – Untung atau memudaratkan Malaysia?
Oleh Zan Azlee

Asalnya, hanya empat negara yang terlibat, iaitu Singapura, Brunei, New Zealand dan Chile. Kemudiannya, Amerika Syarikat mula menunjuk minat dan sekarang, 12 negara sedang mengadakan perundingan.

Ia terdiri daripada lima negara yang disebut diatas bersama dengan Malaysia, Kanada, Australia, Jepun, Mexico, Peru dan Vietnam. TPP ini masih belum diputuskan kerana rundingan masih berangsung.

Faedahnya untuk Malaysia?

Perjanjian perdagangan bebas antara negara selalunya bermakna produk atau servis yang diekspot dan diimpot diantara negara bebas dari dikenakan cukai ataupun ditakluk pada tarif yang rendah dari biasa.

Oleh kerana itu, pendapatan dan keuntungan yang diperolehi sebenarnya tinggi jika dibandingkan dengan perdagangan bersama negara yang tidak ada perjanjian perdagangan bebas.

Jika Malaysia menandatangani TPP ini, ia bermakna bahawa negara kita akan mempunyai peluang perdagangan dan berniaga dengan 12 belas negara di mana jumlah populasinya lebih dari 800 juta orang.

Menurut pakar ekonomi, kalau Malaysia terus kekal dalam TPP untuk jangka panjang, Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) untuk ekspot sahaja dianggarkan akan meningkat sehingga RM152 bilion pada tahun 2025.

Dan tentunya sebagai ahli perintis TPP, Malaysia berpotensi untuk mendapat kedudukan yang lebih kuat pada masa depan jika jumlah negara bertambah. Malaysia akan mempunyai hak membina polisi.

Apa kelemahan TPP?

Setakat ini, kritikan yang paling kuat menentang TPP adalah syarat-syarat perundingan yang sulit dan tidak diketahui umum. Ramai rakyat Malaysia, dan juga rakyat di negara lain yang terlibat, ingin mengetahui dengan lebih jelas.

Ia ditambah lagi dengan syarat yang dikenakan kepada kerajaan yang berunding iaitu mereka tidak boleh mengumumkan syarat perjanjian selama empat tahu dari tarikh menandatangan perjanjian TPP itu.

Alasan yang diberi adalah kerana negara-negara yang berunding mempunyai kelebihan masing-masing untuk dibawa dan mengenakan syarat tersendiri. Ini adalah bertujuan melindungi proses perundingan.

Ada juga yang membangkit isu badan penyelesaian pertikaian antara kerajaan dan pelabur (ISDS) di mana syarikat antarabangsa mempunyai hak saman mana-mana kerajaan yang menubuhkan polisi menentang industri mereka.

Ini bermakna autonomi Malaysia sebagai negara yang berdaulat mungkin terancam demi kepentingan perdagangan dan perniagaan. Ini harus dielakkan kerana sebuah kerajaan mempunyai hak untuk menjaga kepentingan rakyat.

Perbezaan undang-undang hak milik dan hak cipta di antara negara juga menjadi masalah kerana durasi di Malaysia kurang jika dibandingkan dengan negara yang lain seperti Amerika Syarikat.

Ini akan menjejaskan sesetengah sektor, terutamanya sektor kesihatan di Malaysia. Ini adalah kerana negara kami menggunakan 80 peratu jenis ubat generik yang lebih murah berbanding dengan yang bukan berpaten.

Kesimpulan?

Buat masa ini, kita harus ingat bahawa Malaysia masih belum bersetuju untuk menandatangani perjanjian TPP. Kerajaan masih dalam proses berunding dengan 11 negara lain yang terlibat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dn Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed sudah berkata bahawa Malaysia hanya akan berunding menurut syarat-syarat yang ditetapkan sendiri.

Antara rundingan semula yang dituntut kerajaan Malaysia adalah untuk melonggarkan lagi syarat-syarat ISDS agar autonomi membina polisi negara tidak akan diancam oleh perjanjian TPP.

Malaysia juga sedang berusaha untuk mengecualikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dari syarat-syarat TPP. Usaha ini adalah untuk melindungi kepentingan kerajaan dan hak rakyat Malaysia.

Ini menunjukkan bermakna Malaysia tidak akan menandatangani perjanjian TPP ini jika secara keseluruhannya, ia akan lebih memudaratkan negara dibandingkan dengan membawa keuntungan.

Penentuan penyertaan semua negara yang terlibat dalam TPP juga adalah bergantung kepada persetujuaan bersama syarat-syarat perjanjian. Dan, samada Malaysia menyertai atau tidak juga bergantung pada keputusan Parlimen.

[Artikel ini diterbitkan pertama kali di KopitiamEkonomi.Com]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s