JOM KITA KE LAUT: Itui suli-suli Bajau!

Official Trailer

PLEASE SCROLL DOWN TO SEE HOW YOU CAN SUPPORT US.

Title: JOM KITA KE LAUT: Itui suli-suli Bajau!
(English: LET’S GO TO SEA: These are stories of the Bajau!)
Year of Production: 2025
Country of Production: Malaysia
Genre: Feature Documentary
Duration: 72 minutes
Language: Malay

Director: Zan Azlee (with Junior Directors, Bilkuin, Shima and Didi)
Producer: Sheril A. Bustaman
Production Company: Fat Bidin
Distributor: Kuman Pictures

Synopsis:
Bilkuin, Shima and Didi are three youths living on Omadal Island, situated off the coast of Sabah in Borneo, where a majority of the population consists of the stateless Bajau Laut (Sea Gypsies). After joining and excelling in a filmmaking workshop, they are selected to be junior directors or apprentices to be mentored by a professional film crew. ‘Jom Kita Ke Laut’ tells the specific story of their three lives as they try to document it on their own, which eventually gives us a view of how life is on the island for the Bajau Laut and the challenges they face by being stateless in their own land and not having access to basic human rights like education and healthcare.

Background:
In early 2025, the team at Fat Bidin, with the help of Iskul Sama diLaut Omadal (an NGO alternative learning centre), conducted a series of filmmaking workshops for the youths on Omadal Island, Sabah. The small island has a population that consists mainly of the stateless Bajau Laut (Sea Gypsies) and the workshops were meant to give new skills and increase the potential employability of the island’s youth.

Three outstanding participants, Bilkuin, Shima and Didi, were selected as junior directors mentored by a professional film crew, to work on a feature documentary about themselves. The outcome of this is the film ‘JOM KITA KE LAUT: Itui suli-suli Bajau!’ where the story follows the lives of these three individuals, consequently allowing us a glimpse of life on the island and also the lives of the Bajau Laut.

We see the challenges they face being stateless in their own country where they have no access to basic human rights like education and healthcare. We also see how the lack of these rights has affected their community causing all kinds of social issues such as extreme poverty and drug use, and yet, these three individuals still seem to have a positive outlook on life, not giving up on trying to be better people.

Contact:
Producer: Sheril A. Bustaman (Fat Bidin)
E-mail: sheril.a.bustaman@gmail.com / fatbidin@gmail.com
Distributor: Amir Muhammad (Kuman Pictures)
E-Mail: kumanpictures@gmail.com

PLEASE SCROLL DOWN TO SEE HOW YOU CAN SUPPORT US.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK LIHAT BAGAIMANA ANDA BOLEH BERI SOKONGAN.

JOM KITA KE LAUT: Itui suli-suli Bajau! (Ini Cerita Bajau!)
Tahun Produksi: 2025
Negara Produksi: Malaysia
Genre: Dokumentari Cereka
Tempoh: 72 minit
Bahasa: Bahasa Malaysia

Pengarah: Zan Azlee (bersama Pengarah Muda, Bilkuin, Shima dan Didi)
Penerbit: Sheril A. Bustaman
Syarikat Produksi: Fat Bidin
Pengedar: Kuman Pictures

Sinopsis:
Bilkuin, Shima dan Didi adalah tiga orang belia yang tinggal di Pulau Omadal, yang terletak di luar pesisiran pantai Sabah, di mana majoriti penduduknya terdiri daripada Bajau Laut yang tiada kewarganegaraan. Setelah menyertai bengkel pembikinan filem, mereka terpilih sebagai pengarah muda atau pelatih untuk dibimbing oleh pasukan filem profesional. ‘Jom Kita Ke Laut’ berkisarkan kehidupan mereka bertiga dimana mereka juga merakam diri sendiri. Diharapan akhirnya, filem ini memberikan kita gambaran tentang kehidupan di pulau itu sebagai seorang Bajau Laut dan cabaran yang mereka hadapi kerana tiada kewarganegaraan dan tidak mempunyai akses kepada hak asasi manusia seperti pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.

Latar Belakang:
Pada awal tahun 2025, pihak Fat Bidin, dengan bantuan Iskul Sama diLaut Omadal (pusat pembelajaran alternatif NGO), telah mengadakan siri bengkel pembikinan filem untuk belia di Pulau Omadal, Sabah. Pulau kecil itu mempunyai populasi yang sebahagian besarnya terdiri daripada Bajau Laut  yang tiada kewarganegaraan. Bengkel tersebut bertujuan untuk memberikan kemahiran baru dan meningkatkan potensi kebolehpasaran belia di pulau itu.

Tiga peserta yang cemerlang, Bilkuin, Shima dan Didi, telah dipilih sebagai pengarah muda yang dibimbing oleh pasukan filem profesional, untuk menggarap sebuah dokumentari cereka tentang diri mereka sendiri. Hasilnya adalah filem ‘JOM KITA KE LAUT: Itui suli-suli Bajau!’ di mana kisah ini mengikuti kehidupan ketiga individu ini, sekaligus membolehkan kita meninjau kehidupan di pulau itu dan juga kehidupan Bajau Laut.

Kita melihat cabaran yang mereka hadapi kerana tiada kewarganegaraan di negara sendiri di mana mereka tidak mempunyai akses kepada hak asasi manusia seperti pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. Kita juga melihat bagaimana kekurangan hak ini telah menjejaskan komuniti mereka, menyebabkan pelbagai isu sosial timbul seperti kemiskinan tegar dan penyalahgunaan dadah. Namun begitu, ketiga individu ini masih berpandangan positif dan tidak berputus asa untuk berusaha menjadi individu yang lebih baik.

Hubungi
Penerbit: Sheril A. Bustaman (Fat Bidin)
E-mel: sheril.a.bustaman@gmail.com / fatbidin@gmail.com
Pengedar: Amir Muhammad (Kuman Pictures)
E-mel: kumanpictures@gmail.com

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK LIHAT BAGAIMANA ANDA BOLEH BERI SOKONGAN.

———

JOM KITA KE PANGGUNG: Sponsorship for Jom Kita Ke Laut [Cinema Screenings]

We are planning to release JOM KITA KE LAUT in Malaysian cinemas in January 2026. We realise that documentaries aren’t necessary able to attract a huge ticket buying crowd as compared to more mainstream blockbusters. But we do believe that our story carries an important message (and we also tried to make it as entertaining as we could!).

So we are embarking on a mission called JOM KITA KE PANGGUNG – an initiative to buy cinema tickets to bring people to watch JOM KITA KE LAUT on the big screen (look at it as pre-selling tickets lah).

We want all walks of life to see and relate to the young people in the Bajau Laut community themselves; to see that they are just as full of joy, spirit and creativity as those who were given better opportunities. And the best way to do this is to organise group trips to come to the cinema to watch.

We will focus on students and community groups who will benefit from it (and basically those who we feel are the best target audience in order to create more awareness of the issues highlighted in the film). We will keep a transparent record to show that ALL the funds will be used for tickets and logistics of bringing them over. Also, a percentage of nett profits will be shared with Iskul Sama diLaut Omadal.

The tier categories are:

Tier 6 – (minimum) RM50 [social media mention]

Tier 5 – RM250 [single JKKL sticker | social media mention]

Tier 4 – RM750 [JKKL sticker pack | social media mention]

Tier 3 – RM1,250 [JKKL tote bag | JKKL sticker pack | social media mention]

Tier 2 – RM2,500 [Director’s Appearance | JKKL tote bags (3) | JKKL sticker pack (3) | social media mention]

Tier 1 – RM3,000 [Q&A Session | Director’s Appearance | JKKL tote bags (5) | JKKL sticker pack (5) | social media mention]

We will be rolling out the tickets during the Jom Kita Ke Laut cinema run. Updates will be sent to all contributors via email as well as posted on Fat Bidin’s social media pages (FacebookInstagramWebsite).

If you would like to make a contribution, please click here or scan the QR code below:

If you have any further questions, please contact Sheril A. Bustaman at sheril.a.bustaman@gmail.com. We are also open to private previews with potential sponsors, which can be arranged by reaching out to Sheril as well.

We also understand that not everybody has the privilege to contribute financially, and we fully appreciate it even if it is just spreading the word.

———

JOM KITA KE PANGGUNG: Tajaan untuk Jom Kita Ke Laut [Tayangan Pawagam]

Kami bercadang untuk menayang filem JOM KITA KE LAUT di panggung wayang pada January 2026. Kami sedar ia bukan mudah untuk menarik minat pembeli tiket untuk filem dokumentari jika dibandingkan dengan filem mainstream lain. Tetapi kami percaya bahawa objektif dan mesej filem kami adalah sangat penting (dan sebenarnya kami telah cuba sedaya upaya untuk menghasilkan filem yang menghiburkan juga!).

Jadi, kami akan berusaha untuk memulakan satu kempen JOM KITA KE PANGGUNG – sebuat inisiatif untuk membeli tiket wayang untuk membawa orang ramai untuk menonton JOM KITA KE LAUT di layar perak (anggaplah ia sebagai pra-jualan tiket!).

Kami mahukan setiap lapisan masyarakat untuk melihat dan merasai semangat anak muda dari komuniti Bajau Laut itu sendiri; untuk melihat bahawa mereka juga penuh dengan kegembiraan, semangat dan kreativiti. Dan cara terbaik adalah dengan menganjurkan rombongan untuk datang ke pawagam untuk menonton.

Kami akan memberi keutamaan kepada pelajar dan komuniti yang akan mendapat faedah daripada tayangan. Kami akan menyimpan rekod yang telus untuk menunjuk yang SEMUA sumbangan akan digunakan untuk pembelian tiket dan kos logistik untuk membawa mereka ke pawagam. Juga, sebahagian untung bersih akan dikongksikan dengan Iskul Sama diLaut Omadal.

Kategori sumbangan adalah:

Tahap 6 – (minimum) RM50 [sebutan di media sosial]

Tahap 5 – RM250 [satu pelekat/stiker JKKL | sebutan di media sosial]

Tahap 4 – RM750 [pek pelekat/stiker JKKL | sebutan di media sosial]

Tahap 3 – RM1,250 [beg tote JKKL | pek pelekat/stiker JKKL | sebutan di media sosial]

Tahap 2 – RM2,500 [Kemunculan Pengarah | beg tote JKKL (3) | pek pelekat/stiker JKKL (3) | sebutan di media sosial]

Tahap 1 – RM3,000 [Sesi Soal Jawab (Q&A) | Kemunculan Pengarah | beg tote JKKL (5) | pek pelekat/stiker JKKL (5) | sebutan di media sosial]

Kami akan mula menyebarkan tiket masa tayangan Jom Kita Ke Laut di pawagam. Maklumat selanjutnya akan dihantar kepada semua penyumbang melalui emel dan juga di laman sosial Fat Bidin (FacebookInstagramWebsite).

Jika anda berminat untuk menyumbang, sila klik di sini atau imbas kod QR di bawah:

Jika ada soalan, sila hubungi Sheril A. Bustaman di sheril.a.bustaman@gmail.com. Kami juga terbuka kepada tayangan pratonton (private previews) bersama bakal penaja, yang boleh diaturkan dengan menghubungi Sheril juga.

Kami juga faham bahawa bukan semua orang mempunyai kemampuan untuk menyumbang dari segi kewangan, dan kami amat menghargainya walaupun ia sekadar menyebarkan kisah kami ini.

———

JOM KITA KE PANGGUNG FAQ

1. What will the money contributed be used for?
As mentioned, the money will be used to arrange screenings for different underprivileged and marginalised communities to watch the film. The money will be used for ticket purchase and any other costs (transportation) that might arise.

2. If I have made a Tier 1 contribution, can the private screening be for people I select, or does it also go to a specific underprivileged community?
You can choose to host this screening (i.e invite your friends to watch) or you can choose to sponsor a screening for a large community of the underprivileged. If you have a community of choice already, you can also let us know to coordinate with them for the screening.

3. What is the approximate number of tickets I can get per tier?
Using today’s max ticket price at RM25 per ticket, the approximates are:
Tier 6 – 2 tickets
Tier 5 – 10 tickets
Tier 4 – 30 tickets
Tier 3 – 50 tickets
Tier 2 – 100 tickets
Tier 1 – entire hall (160 tickets)

Ticket prices vary depending on location & time, so these are the minimum amounts. But as mentioned above, the amount contributed will also go towards any other costs that might arise.

4. What is the closing date to contribute?
We will accept contributions right up to the first day of the release date of Jom Kita Ke Laut: Itui Suli-Suli Bajau in the cinemas to give us time to coordinate the screenings.

5. Can I select which underprivileged community I’d like the contribution to go to?
Yes, you can email Sheril at sheril.a.bustaman@gmail.com and specify which community you’d like your contribution to go to, and she will make the necessary arrangements.

6. How will we be able to track the use of the contributions?
Email updates will be sent out to all contributors & there will also be updates on all of Fat Bidin’s platforms (Facebook, Instagram, Website).

7. Where will the film be available?
We plan on releasing it in Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kota Kinabalu and Tawau. If we manage to obtain Wajib Tayang, there might be more screens & locations available.

8. I haven’t seen the film. Is there any way to watch it prior to its cinema release?
We will be organising a preview screening in early November 2025. Email Sheril at sheril.a.bustaman@gmail.com if you’re interested in attending!

———

SOALAN LAZIM JOM KITA KE PANGGUNG

1. Apakah kegunaan wang sumbangan tersebut?
Seperti yang dinyatakan, wang tersebut akan digunakan untuk mengatur tayangan filem bagi pelbagai komuniti yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Wang ini akan digunakan untuk pembelian tiket dan sebarang kos lain (pengangkutan) yang mungkin timbul.

2. Jika saya membuat sumbangan Tahap 1, bolehkah tayangan khas tersebut diadakan untuk orang yang saya pilih, atau adakah ia juga disalurkan kepada komuniti kurang bernasib baik yang spesifik?
Anda boleh memilih untuk menganjurkan tayangan ini (contohnya, menjemput rakan-rakan anda untuk menonton) atau anda boleh memilih untuk menaja tayangan untuk komuniti besar yang kurang bernasib baik. Jika anda sudah mempunyai komuniti pilihan, anda juga boleh memberitahu kami untuk membuat koordinasi dengan mereka bagi tayangan tersebut.

3. Berapakah anggaran bilangan tiket yang boleh saya dapatkan bagi setiap tahap?
Dengan menggunakan harga tiket maksimum hari ini iaitu RM25 sekeping, anggaran adalah:
* Tahap 6 – 2 tiket
* Tahap 5 – 10 tiket
* Tahap 4 – 30 tiket
* Tahap 3 – 50 tiket
* Tahap 2 – 100 tiket
* Tahap 1 – Seluruh dewan (160 tiket)
Harga tiket berbeza mengikut lokasi & masa, jadi ini adalah jumlah minimum. Tetapi seperti yang dinyatakan di atas, jumlah sumbangan juga akan digunakan untuk sebarang kos lain yang mungkin timbul.

4. Apakah tarikh tutup untuk menyumbang?
Kami akan menerima sumbangan sehingga hari pertama tarikh tayangan Jom Kita Ke Laut: Itui Suli-Suli Bajau di pawagam untuk memberi kami masa untuk menyelaras tayangan.

5. Bolehkah saya memilih komuniti kurang bernasib baik mana yang saya mahu sumbangan itu disalurkan?
Ya, anda boleh menghantar e-mel kepada Sheril di sheril.a.bustaman@gmail.com dan menyatakan komuniti mana yang anda ingin sumbangan anda disalurkan, dan beliau akan membuat urusan yang perlu.

6. Bagaimanakah kami dapat mengesan penggunaan sumbangan tersebut?
Kemaskini melalui e-mel akan dihantar kepada semua penyumbang & juga akan ada kemaskini di semua platform Fat Bidin (Facebook, Instagram, Laman Web).

7. Di manakah filem ini akan ditayangkan?
Kami merancang untuk menayangkannya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kota Kinabalu, dan Tawau. Jika kami berjaya mendapatkan Wajib Tayang, mungkin akan ada lebih banyak skrin & lokasi yang tersedia.

8.Saya belum menonton filem ini. Adakah sebarang cara untuk menontonnya sebelum tayangan di pawagam?
Kami akan menganjurkan tayangan pratonton pada awal November 2025. Hantarkan e-mel kepada Sheril di sheril.a.bustaman@gmail.com jika anda berminat untuk hadir!

———

Photos:

Nuriana Nasip, Junior Director

Shima Manan, Junior Director

Bilkuin Jimi Saleh, Junior Director

Zan Azlee, Director & Executive Producer

Leave a comment